Isnin, 8 Ogos 2011

Dulu dan Kini...



Dulu...
Aku asyik di alam maya..
Aku asyik menulis kata-kata indah...
Kata-kata yang aku sendiri puas saat ia dibaca...
Aku banyak berkongsi cerita...
Hingga aku lupa tak sepatutnya dengan mereka ku jaja cerita...

Dulu...
Saat ayat-ayatku bermaharajalela...
Aku seolah lupa pada dunia...
Aku menzahirkan tanpa peduli sesiapa...
Hingga ayat ayatku mengundang pelbagai persepsi si pembaca...
Hingga ada yang terlalu obses menjejakku ke mana saja...
Hingga aku terpaksa melupakan semuanya...
Hingga menimbulkan persengketaan dalam rumahtangga...
Hingga berderai delima merah itu tanpa di sangka...
Semuanya gara-gara insan yg tak pernah puas mencuba...
Lalu aku mendiamkan diri untuk seketika...
Biarlah orang berkata...
Biarlah orang mereka cerita...
Kerana mereka sendiri tak tahu punca segala...

Kini..
Aku kembali..
Kembali menyusuri denai maya yang pernah ku teroka...
Beratapkan awan nano yang tak pernah jemu menyapa tika panas cuba menggores pipi ...
Menunggu hadirnya sinar pelangi petang...
Untuk kembali membasahi jiwaku yang kekontangan...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan