Sabtu, 20 Ogos 2011

Akhirnya terluah juga....


Sebenarnya aku dalam dilemma…
Dah lamaku tak on FB lama…
Dah lama aku lupakan blog lama…
Tapi aku tak pernah melupakan kawan lama….
Walaupun sering disapa dan ditanya…
Malah dituduh sombong kerana melupakan kawan lama…
Entahlah…
Sebenarnya… ada cerita duka disebaliknya…
Bermula peristiwa itu..
Aku terpaksa melupakan blog kesayangan…
Terpaksa kumelupakan medan penulisan yg selama ini menjadi kepuasan..
Yang menyimpan segala kenangan…
Yang menyimpan segala impian…
Sengaja aku tutup blog luahan hati aku selama ini…
Sengaja aku tutup blog niaga ku yg membantu dalam mencari rezeki….
Sengaja aku tutup akaun FB yg sarat dengan kawan baik dan lama…
Sengaja aku tinggalkan page ayat ayat luahan ku di FB…
Ralat… sangat ralat…
Semuanya berpunca kerana dia!
Seorang insan yg tegar mengekori aku..
Seorang insan yg selama ini ku anggap adik…
Seorang insan yg ku hormat kerana berstatus ustazah…
Semuanya bermula kerana dia ingin menjadi pelanggan niagaku..
Tanpa ku sangka semua itu hanya helah semata..
Demi mendekatkan diri padaku…
Demi mendapat perhatianku…
Aku keliru…
Entah kenapa begitu taksubnya seseorang itu..
Hingga sangup mengekoriku kemana sahaja…
Ke FB.. ke blog… semua sama saja!
Tanpa jemu dia menjejaki hingga berjaya…
Biarpun sejuta kali ku kata tiada perasaan untuknya…
Biarpun sejuta kali tidak ku layan karenahnya…
Dia akan menelefon hingga lewat malam…
Jika smsnya tidak ku balas…
Jika panggilannya tidak ku layan….
Sehingga menimbulkan rasa curiga dalam hati zaujah ku…
Sehinga menimbulkan salah faham dalam hati zaujah ku…
Sehingga menimbulkan persengketaan emosi tanpa disengajakan…
Disebabkan itu…
Aku membuat keputusan menutup semua yg menjadi kesayangku di alam maya…
Demi sebuah senyuman untuk zaujahku…
Biarpun aku telah kehilangan kawan baikku sendiri…
Entah kemana dia menyepi…
Biarpun masih mampu melihat dari jauh…
Tapi aku sendiri rasa dia semakin jauh…
Jauh sangat! Ibarat pelangi petang yang takkan hadir di musim kemarau…
Walaupun sangat rindu… walaupun sangat sunyi kehilangannya…
Aku redha…
Mungkin kerana dia berprasangka aku terlalu nakal di alam maya…
Entahlah…. Biarkan dia berprasangka…
Tanpa sempat ku ceritakan semua…
Kerana aku sendiri malu untuk bercerita..
Kerana aku tahu takkan ada orang yang sudi percaya…
Aku terlalu lemah…
Tiada tempat meluah rasa…
Tiada tempat bercerita duka…
Kerana itu aku kembali disini…
Menulis dan meluah tanpa dihidu sesiapa…
Kerana aku serik dituduh dan disalahsangka…
Aku tak mampu berhenti menulis…
Kerana ini adalah caraku melepaskan rasa…
Kerana ini caraku menghilangkan duka…
Aku tetap aku…

*aku dengar lagu ini setiap kali ku rindu sahabatku... zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan